ASAS KEUSAHAWANAN KHB TINGKATAN 2


3.1 ASAS KEUSAHAWANAN

Pengertian Usahawan:

  • seseorang yang memulakan sesuatu(inisiatif), bijak menggunakan idea (kreatif), sentiasa membuat pembaharuan dan pengubahsuaian(inovatif),dan sanggup menghadapi risiko serta berusaha untuk menjayakan sesuatu (berorientasikan kejayaan)

Pengertian Keusahawanan:

  • kesanggupan atau kebolehan dan kemahuan seseorang individu bertindak dengan tepat dan cekap untuk menjayakan perniagaannya

Perbezaan Usahawan dan Peniaga:

Usahawan:

  • mementingkan sumbangan kepada masyarakat dan keuntungan
  • sentiasa berusaha memajukan perniagaan dengan mencipta sesuatu yang baru atau membuat pembaharuan kepada produk yang sedia ada.

Peniaga:

  • mementingkan keuntungan sahaja
  • hanya melakukan aktiviti jual dan beli sahaja.


Ciri-ciri Usahawan:

  1. Kreatif
  2. Inovatif
  3. Sanggup Menghadapi RIsiko
  4. Bijak Merebut Peluang
  5. Daya Usaha Berterusan
  6. Berpandangan Jauh

Bidang Kegiatan Usahawan

a) Pengeluaran

  • Menjalankan kegiatan memproses atau menghasilkan barang-barang
  • Meliputi:

 
  1. Bidang ekstraktif (perhutanan, perlombongan, perikanan)
  2. Bidang perkilangan (memproses barang mentah kepada barang siap/separuh siap)
  3. Bidang pembinaan (aktiviti menggunakan barang separuh siap/siap untuk dipasang, diadun atau dibina supaya menjadi barang lengkap.

  1. Bidang pertanian (aktiviti bercucuk tanam dan penternakan)



b) Perkhidmatan


  • Member perkdimatan secara terus kepada pelanggan
  • 3 jenis:

  1. Perkhidmatan langsung (mekanik, tukang gunting rambut)
  2. Perkhidmatan awam (guru, polis, jururawat)



  1. Perkhidmatan perdagangan (agensi perbankan)

c) Pemasaran/Agihan

  • Mengagihkan barang yang dikeluarkan daripada pengeluar kepada pengguna
  • Contoh:

  • Pernigaan runcit (penjaja, pasar raya, kedai sejaras)



  • Perniagaan borong (ejen, pemborong saudagar)
  • Pengedar (pengedar kereta)
  • Jualan terus (jurujual dengan pengguna)

3.2 Peranan Kerajaan Dalam Membantu Usahawan


Agensi Kerajaan yang Membantu Usahawan:

  • Majlis Amanah Rakyat – MARA(bimbingan dan latihan/pinjaman kewangan)



  • Perbadanan Pembangunan Bandar –UDA (Prasarana)
  • Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia – MEDEC (bimbingan dan latihan)
  • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia – MIDA (galakan)
  • Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia – SIRIM (kajian dan penyelidikan)



  • Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia - MARDI (kajian dan penyelidikan)
  • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri – PKEN (prasarana)
  • Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan – MLVK (bimbingan dan latihan)

 

Comments