SIHAT UNTUK AWET MUDA – Cg Saripah( Tazkirah 25
Januari 2012)
Age Defying Foods
(Makanan Antipenuaan)
- Oprah Show & Dr Oz- NTV7 Jumaat 20/1/2012-
Oprah.com-
-Antioxidant 5 serving
-4 cup green /
white tea
-Fiber 25 mg daily
1.
Blueberi- warna gelap , banyak
bahan antioksida
2.
Tomato- warna terang, likopene,
bahan antioksida, makanan untuk jantung
3.
Acai- buah di hutan hujan Brazil-
kandungan antioksida > daripada blueberi
4.
Teh- poliphenol dalam teh-
meransang otak- boleh sembuh sakit kepala
(semakin dikeringkan semakin gelap
warnanya)- katakin
Dr Roizen- (doktor yang menjadi
tetamu rancangan) telah memberi komen/pandangan terhadap 3 orang wanita yang
berbeza umur.
i)
Barbara-Berbangsa Negro- D Roizen
meneka umurnya 48 tahun,semua penonton terkejut apabila
Barbara menjelaskan bahawa umurnya yang sebenar ialah 60 tahun (12 tahun >
muda).
AmalannBarbara- yoga 20
tahun,hobi membaca , menulis, tarian gelek.
Ulasan Dr Roizen- minat adalah
paling penting dalam hidup – menjadikan minda kita cergas.
ii)
Wanita kedua- umur sebenar 63
tahun, namun Dr Roizen menyatakan seperti
50 tahun,
Rahsianya- rajin bertafakur, cukup tidur dan selalu bersenam menunggang
kuda- Dr Roizen mengulas bahawa minat mengekalkan jiwa yang muda.
iii)
Wanita ketiga- umur sebenar 44
tahun namun Dr Roizen memberitahu seperti berumur 60 tahun(terharu, sebak
seperti nak menangis)
- kerana wanita itu merokok,
tidak bersenam, selalu alami tekanan kerja dan tidak pandai menanganinya,
merokok menjadikannya 10 tahun lebih tua.
·
Justeru- ubah gaya hidup bukan
ubah diet sahaja – kata Dr Oz.
Rempah ratus
Kayu manis- mengurangkan tekanan darah
Halia- mencegah kanser
Daun Rosmary – menambah kecerdikan- ujian keatas tikus- bau rosmary
menjadikan tikus lebih aktif
Rempah segar lebih baik, namun untuk memudah penyimpanan ia
dikeringkan.
Serat
Ramai yang menghadapi masalah kembung apabila banyak mengambil serat.
Ini kerana bakteria dalam usus lebih banyak dari sel. Apabila mengalami kembung kerana banyak makan
serat, boleh cuba meminum susu yogurt. Oleh
itu makan sedikit dahulu pada awalnya, kemudian baru ditambah secara
beransur-ansur. Pastikan minum air yang banyak apabila memakan serat kerana jika
kurang meminum air semasa mengambil serat akan menyebabkan sembelit ( air akan
diserap semula)
Senaman
Jangan fokus menurunkan berat badan tetapi hendaklah
fokus kepada mengurangkan ukuran lilitan pinggang. Tingkatkan jisim otot.
Naikkan kadar denyutan jantung 3 x seminggu, senaman lantai angkat kaki ke
atas, bengkokkan peha lulut bergilir-gilir.
Tidur
Tak cukup tidur –lebih cepat tua (
Dr Muhaya kata orang dewasa cukup 6 jam, kanak-kanak 7-8 jam)
Mulakan dengan kebersihan, gosok gigi, flos, tutup semua suis lampu-
lena.
Vitamin
Vitamin D sumber asli cahaya matahari- elak kanser, jantung, dedah 10
minit sehari.
Pengambilan kalsium mesti bersama magnesium.
Tangani Stress(Dr Muhaya Buku Celik Mata dan Jiwa m/s 91)
Bagaimana nak tenangkan diri semasa dalam keadaan tertekan?
Hendak tenangkan diri cuba refleks diri kita. Perhatikan apa yang kita nak, apakah
kepercayaan yang menyebabkan saya jadi
tertekan? Contoh: Apabila dimarahi oleh
majikan, kita merasa sakit hati.
Walaupun dia tiada di hadapan kita tetapi perbuatannya ada dalam fikiran
kita. Jadi kita akan ingat sampai
membuatkan kita sakit hati, tertekan dan sebagainya.
Mengapa kita perlu merosakkan jiwa kita dengan perkara-perkara
sebegini. Untuk menenangkan diri cuba
balik pada yang asal, iaitu betulkan hubungan dengan Allah.
Jaga Badan ( Kevin Zahri –Pakar Pemakanan dan Kecergasan- Metro, Isnin 14 Mac
2011)
Selalunya orang yang tidak mengambil sarapan menyangka mereka mudah
menguruskan berat badan, tetapi sebenarnya ada beberapa keburukan. Keburukan
paling utama adalah metabolisme badan akan menurun kerana badan yang tidak
mendapat tenaga pada waktu pagi akan cuba untuk menyimpan tenaga simpanan
dengan mengurangkan metabolisme.
Produktiviti akan berkurangan dan rasa cepat penat kerana pembakaran
kalori kurang berbanding jika mengambil sarapan. Keburukan kedua, apabila waktu semakin tengah
hari nafsu semakin bergelora kerana tersangat lapar dan mungkin makan lebih
banyak daripada sepatutnya. Ia juga
mendorong kita membuat pilihan kurang baik mengikut selera dan nafsu
semata-mata.
Orang yang mengawal berat badan kena mengamalkan makan lima atau enam
kali sehari iaitu sarapan, kudapan, makan tengah hari, kudapan, makan malam dan
kudapan tetapi dalam kuantiti bersesuaian.
Cara untuk melambatkan proses
penuaan:
-
Mengamalkan pengambilan makanan
secara seimbang dan teratur.
-
Elakkan obesiti dengan mengambil
makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat
tinggi seperti lobak merah, nenas dan jambu batu.
-
Pengambilan makanan tambahan
seperti vitamin E ( sumber minyak ikan dll) juga dapat melambatkan
penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan
sel membantu kesihatan sel-sel tubuh.
-
Herba baik untuk pengaliran darah,
bawang putih, ginseng lada hitam, bawang putih dapat mencegah selsema, gangguan
pernafasan dan penyakit usus.
-
Senaman berterusan-ketahanan
fizikal dan mental- mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi,
mengurangkan tekanan, kawal tahap gula serta tingkatkan sistem imun.
Tunggu apa lagi-“ Jom Amalkan
Gaya Hdup Sihat”
Comments