Daun Pegaga
Daun pegaga or pennywort (Centella
Asiatica/Hydrocotyle Asiaticais) is said to be good for the eyes and also
purifying the blood. There are many types of pegaga, some are big and others
with small leaves. It is also known as the arthritis herbs according to source.
The squeezed juice of the leaves are also believed to cool down the body
temperature. Rich with vitamin A, C and Iron, daun pegaga for certain culture
is the "official" veggies for women who has just given birth during
the period of healing the body.
The pennywort in my mum's little garden. I think its the Chinese Pennywort as the leaves are small.
The pennywort in my mum's little garden. I think its the Chinese Pennywort as the leaves are small.
Pegaga atau nama saintifiknya centella
asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang
melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada
asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang
wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia ),indian
pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati
tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur,
agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut
ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india
setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu
mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan
umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang
menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh
dimasak lemak dan dijadikan kerabu.
Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin
Comments