Projek baikpulih dan menaik taraf lanskap KHB


9 Dis2013.
Projek ini telah dimulakan pada 17 November 2013.  Pihak kontraktor melakukan pembaikian mangkuk air terjun yang pecah, mengecat semula dan mengubah bentuk aliran air turun. Aktiviti pembersihan dan pengubahsuaian pokok, pembiakan pokok dijalankan dengan bantuan Encik Zaidi, staf swasta serta Puan Noraini.  Sebilangan kecil guru dan staf lain juga memberi sokongan.  Terima kasih Cik Norazlina atas urusan peruntukan kewangan dan terutama kepada Puan Pengetua kerana meluluskan permohonan peruntukan kewangan.  Tujuan projek tidak lain tidak bukan semuanya untuk bahan PDP guru KHB dalam Tajuk Tanaman Hiasan dan Lanskap Pilihan Pertanian seterusnya sebagai sumber relia rujukan kepada murid-murid. Cikgu juga  berharap ianya dapat membantu meningkatkan keceriaan kawasan sekolah seperti sebelum ini. Cikgu juga telah memulihkan lanskap depan pintu pagar sekolah dan di bawah pondok pelan sekolah dengan bantuan Encik Khairul.  Selama dua minggu masa diperuntukkan untuk projek ini termasuk pemulihan pokok di belakang bengkel.  Marilah kita bersama memelihara dan menjaga lanskap ini agar ianya sentiasa bersih dan dalam keadaan baik.  Cg Pah menyeru semua.......
 
 
 
 
 
 




Terima kasih semua....nantikan perubahan seterusnya...

Comments